Zain Azraai Zainal Abidin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Y. Bhg. Tan Sri Zain Azraai Zainal Abidin P.S.M., P.S.D., S.P.M.P, D.S.M.

Y. Bhg. Tan Sri Zain Azraai Zainal Abidin merupakan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Malaysia (1986 - 1991).

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Tan Sri Zain Azraai bin Zainal Abidin lahir pada 27 Julai 1936 di Teluk Intan, Perak. Bapany6a Tan Sri Dato’ Zainal Abidin Abbas dan ibunya Puan Sri Datin Putih Mariah Ibrahim Rashid.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Ketika berumur 6 tahun, dia bersekolah di sebuah sekolah Melayu (Malay Boys’ School) dan di zaman penjajahan Jepun. Kemudian belajar di St. Anthony’s School, Durian Sebatang, Teluk Intan(1945-1949).

Seterusnya belajar di Victoria Institution ,Kuala Lumpur dalam darjah VIII (Tingkatan 4) dan mendapat Cambridge School Certificate pada tahun 1951. Ketika usianya 17 tahun, Tan Sri telah melanjutkan pelajarannya ke University Oxford, London jurusan falsafah, politik dan ekonomi.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau menjadi pegawai pelatih (Probationer Officer) dan mendapat latihan di London School of Economics pada tahun 1958. Tahun 1959, menjadi Penolong Setiausaha di Kementerian Luar Negeri.Tahun 1962, Zain Azraai bertugas di Malaysia High Commision London berkaitan Suruhanjaya Cobbold mengenai Penubuhan Malaysia 1963. Kemudian menjadi Wakil Tetap Malaysia di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu , New York (1962-1966.

Tahun 1966, beliau menjadi Pegawai Khas Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri di bawah menterinya , Tan Sri Ghazali Shafie. Seterusnya sebagai Ketua Setiausaha Sulit Khas kepada Perdana Menteri Malaysia Tun Abdul Razak (1971-1976).

Selepas Tun Abdul Razak meninggal dunia pada 1976, Zain Azraai ditugaskan sebagai Duta Malaysia ke Amerika Syarikat, Mexico ,Brazil dan Cuba. Beliuau menjadi Pengarah Eksekutif World Bank mewakili kawasan Asia Tenggara (1978-1982). Antara 1983-1986 menjadi wakil tetap ke PBB dan duta besar ke Cuba. Tugas terakhir beliau ialah sebagai Ketua Setiausaha di Kementerian Kewangan.

Selepas bersara[sunting | sunting sumber]

Apabila bersara, beliau dilantik sebagai Pengerusi Sistem Penerbangan Malaysia (MAS), Pengerusi Malaysian Industrial Development Finance Bhd. (MIDF) dan Pengerusi Syarikat Perumahan Pegawai Kerajaan Sdn. Bhd. (SPPK).

Beliau juga menjadi ahli kepada ‘Board of Trustee Malaysian Institute of Economic Research’ (MTER); Pengerusi Balai Seni Lukis Negara (1973/76) ; ‘International Advisory Council, Asia Society’, New York, ‘Asia-Australia Institute’, Sydney; Dunlop Pacific Ltd. (Australia), ‘Management Committee of Institute of Diplomacy and International Relations’ . Beliau juga merupakan ‘Distinguished Fellow of the Institute of Strategic and International Studies’ (ISIS). Beliau sering menyampaikan ceramah-ceramah di Universiti Malaya dan ‘Armed Forced Staff College’.

Pingat dan anugerah[sunting | sunting sumber]

Di atas jasa-jasanya, beliau menerima pingat P.S.M. dan P.S.D. daripada D.Y.M.M. Yang di-Pertua Agong dan S.P.M.P daripada D.Y.M.M. Sultan Perak.[1]

Isu dan kontroversi[sunting | sunting sumber]

  1. Pada 20 Mei 1987 , beliau selaku pengerusi KWSP berdepan dengan saman daripada peguam K.C Cheah berhubung pelaburan tidak bermasalahan dari tahun 1982-1986. Turut disaman ialah kerani KWSP, Chan Ah mooi dan lembaga pengarah KWSP.[2]
Penyandang Terdahulu Ketua Setiausaha Perbendaharaan Malaysia
19861991
Penyandang Kemudian
Y. Bhg. Tan Sri Dato' Thong Yaw Hong Y. Bhg. Tan Sri Dato' Mohd. Sheriff Mohd. Kassim

Rujukan[sunting | sunting sumber]